Harap ramai pengundi keluar mengundi

KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Dun Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan yang terawal membuang undi di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Santubong hari ini.

Beliau telah hadir melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi seawal jam 7.30 pagi tadi sekali gus menjadikan beliau yang paling awal mengundi bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) di SK Santubong.

Azizul berkata, setakat pagi tadi, pengundi masih belum ramai yang turun mengundi.

Selain itu, keadaan cuaca juga agak baik cuma disertai hujan sedikit sahaja.

“Oleh itu, saya berharap dengan cuaca yang baik ini ramai akan turun mengundi kerana peratusan yang keluar mengundi setakat ini masih rendah,” kata Azizul.

Suara Sarawak