Kempen kesedaran bantu kurangkan kemalangan

KUCHING: Penekanan yang diberikan terhadap keselamatan dan kesedaran pengangkutan sungai membantu mengurangkan insiden kemalangan sungai, kata Adun Mambong Datuk Dr. Jerip Susil.

Datuk Dr Jerip Susil ketika sidang media di Terminal Penumpang Bako, hari in

Menurutnya, selain daripada itu penguat kuasa pengangkutan sungai juga melihat aspek keselamatan bot operator bagi memastikan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Semua ini sangat penting, jadi kami mengambil serius semua perkara untuk memastikan semua pengangkutan sungai selamat bukan sahaja di Sungai Sarawak, Rajang termasuk Baram,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Kempen Kesedaran dan Keselamatan Sungai, di Terminal Penumpang Bako, hari ini.

Tambahnya, program yang diadakan Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) tersebut adalah untuk menguar-uarkan kepada masyarakat langkah keselamatan dan kompaun RM600 akan dikenakan terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan-peraturan keselamatan yang dikenakan.

Suara Sarawak