Lelaki maut ditembak ketika menjala di Suai, Niah

MIRI: Seorang lelaki maut akibat terkena tembakan di bahagian kepala ketika sedang menjala di Suai, Niah di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari mengesahkan kejadian berkata, seorang lelaki berumur 47 tahun telah ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Miri untuk siasatan lanjut.

“Sebaik menerima laporan, sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Miri telah bergegas ke lokasi kejadian bersama unit K9.

“Suspek dipercayai telah menembak mangsa yang sedang menjala ikan di sungai berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, selaras senapang patah dan beberapa kelonsong peluru dipercayai digunakan dalam kejadian turut dirampas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Suara Sarawak