Padah curi wang derma

KUCHING: Dua lelaki tempatan masing-masing dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mencuri wang derma berjumlah RM1,500 milik sebuah kuil Cina di Jalan Batu 21.

Vui Siong,22, dan Yu Hon, 23, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mahkamah memutuskan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh 30 September lepas.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh melakukan kegiatan mencuri wang derma terbabit di sebuah kuil di Beratok, Jalan Batu 21, kira-kira jam 9.00 pagi, 16 September lalu.

Oleh itu, dua rakan berkenaan didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

Berdasarkan fakta kes, pengadu menyedari peti besi duit derma milik kuil yang dibuka 24 jam untuk kemudahan penganut bersembahyang telah dikimpal telah dipotong oleh lelaki yang tidak dikenali.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak