PRN Sarawak: BN tidak bertanding, campur tangan

KUCHING: Barisan Nasional (BN) mengesahkan tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke -12 (PRN-12) Sarawak.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan itu melambangkan jalinan persahabatan yang akrab antara kedua-dua parti tersebut seperti sebelumnya.

“Kita juga tidak akan campur tangan dalam mengurus dan membantu GPS kerana percaya jentera komponen ini sudah mantap serta sangat memahami keperluan Sarawak.

“Ini merupakan pendirian BN secara rasmi dan telah dimaklumkan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada kunjungan hormat kepadanya, semalam,” katanya pada sidang media BN di sini, hari ini.

Menurutnya, BN tetap menyokong perjuangan GPS meskipun parti tersebut tidak lagi bersama dan memutus meninggalkan komponen tersebut selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018.

“Beliau juga berharap agar GPS dapat mengekalkan kemenangannya pada pilihan raya ini bagi menjamin kestabilan politik di negeri ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Saya menyeru agar rakyat Sarawak dapat terus memberikan kepercayaan kepada GPS,” ujarnya.

Hadir sama Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khalid Nordin, Setiausaha Agung UMNO,Datuk Seri Ahmad Maslan dan dua ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk seri Shaberu Chik.

Suara Sarawak