PRN Sarawak: DAP, PKR dan Amanah keluarkan manifesto berbeza

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) Sarawak akan mengeluarkan manifesto masing-masing pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) kelak.

Walaupun ketiga-tiga parti tersebut di bawah naungan Pakatan Harapan (PH) Sarawak, mereka memilih untuk bertanding atas tiket manifesto serta logo masing-masing pada pilihan raya kali ini.

Bagaimanapun menurut Pengarah Pilihan Raya PKR Sarawak Dominique Ng, manifesto berbeza antara parti dalam PH itu tidak akan menjadi masalah dan isu bagi mereka.

“DAP juga mempunyai manifesto sendiri, tetapi kami berkongsi visi yang sama di peringkat nasional.

“Malah di Sarawak kita bertanding menggunakan logo sendiri. Ia bukan bermaksud tiada kesefahaman tetapi di sini kita lakukan dengan cara berbeza,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak