Safiee Ahmad dan Fatimah Abdullah sudah buang undi

DARO: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Dun Daro Safiee Ahmad selesai melaksanakan proses pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Penasu pada jam 8.30 pagi tadi.

Beliau hadir bersama dengan isterinya, Robiah Tajudin sama-sama berpakaian berwarna biru di pusat pengundian di sini.

Turur hadir sama mengundi di pusat sama ialah ahli keluarganya yang terdiri daripada ibu dan adik-beradiknya.

Keadaan cuaca di pusat pengundian sehingga kini turut cerah dan proses mengundi berjalan lancar.

Manakala di Dun Dalat calon GPS Datuk Seri Fatimah Abdullah selesai melakukan pengundian pada jam 9.00 pagi di SK Kampung Teh, Oya Dalat.

Sehingga kini peratusan keluar mengundi mencatatkan pertambahan sejak jam 11 tengah hari tadi di seluruh Sarawak dengan peratusan 32 peratus.

Malah sebahagian pusat pengundian di beberapa kawasan di seluruh Sarawak akan ditutup sekitar jam 2 petang ini mengikut tempoh yang dibenarkan sebelum peri undi dibawa ke pusat pengiraan undi.

TIBA… Safiee Ahmad dan Isteri tiba di Sk Kampung Penasu untuk mengundi hari ini.

Suara Sarawak