Saluran-MyRSBN mudahkan perhubungan internet di luar bandar

SIMUNJAN: Perkhidmatan jalur lebar di bawah inisiatif Sarawak Rural Broadband Network (MyRSBN) merapatkan jurang perhubungan penduduk di daerah ini serta kawasan berdekatan menerusi internet.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkhidmatan jalur lebar tersebut merupakan usaha Kerajaan Sarawak dalam menyediakan capaian internet yang pantas.

Katanya, melalui usaha tersebut, ia dapat memudahkan perhubungan di kalangan penduduk menerusi internet.

“Simunjan ini orang selalunya kata ‘titik buta’- kadang-kadang tiada capaian internet.

“Oleh itu, MySRBN ini akan memberikan kemudahan kepada adik kakak berhubung dengan rakan-rakan menerusi internet,” katanya pada majlis pelancaran Saluran-MySRBN di Padan Sentral, di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, perkhidmatan jalur lebar MySRBN adalah percuma untuk bulan pertama dan kemudiannya perkhidmatan tersebut akan diberi subsidi oleh kerajaan.

Justeru, beliau berharap perkhidmatan jalur lebar tersebut dapat membantu membangunkan Simunjan.

Katanya, perkhidmatan tersebut dilaksanakan Kerajaan Sarawak demi kepentingan rakyat di negeri ini.

“Selagi saya ketua menteri anda, saya akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat kerana ia kehendak rakyat,” katanya.

Suara Sarawak