Sarawak catat 90 kes Covid-19

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan kes harian Covid-19 sebanyak 90 kes sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 251,501.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 46 kes adalah dalam kategori satu, 39 kes merupakan kategori 2 dan 5 kes yang lain adalah tergolong dalam kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 29 kes, diikuti Sibu (13), Serian (10), Miri (9), Lawas (4), Sri Aman, Bintulu, Limbang dan Samarahan (3), Lundu, Dalat dan Asajaya (2).

“Manakala masing-masing satu kes di Bau, Bukit Mabong, Betong, Meradong, Subis, Sebauh dan Lubok Antu,” katanya.

Tambah JPBN, sebanyak empat kes kematian direkodkan dari 2 hingga 7 Disember lalu melibatkan warga tua berusia antara 63 hingga 77 tahun.

Sementara itu, tiada kluster baharu diisytiharkan sehingga hari ini.

Suara Sarawak