Sekolah vernakular, antarabangsa perlu banyak ditubuhkan – Lina Soo

KUCHING: Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) memuji Mahkamah Tinggi terhadap tuntutan mahkamah yang bertujuan memansuhkan Bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular.

Dalam keputusan pada Rabu (29 Dis), Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa sekolah vernakular di negara ini selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang melindungi penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran.

Presiden Aspirasi Lina Soo berharap ketiga-tiga plaintif Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Majlis Pembangunan Pendidikan Islam dan Persatuan Penulis Gabungan Malaysia tidak akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi.

“Sarawak mesti menubuhkan lebih banyak sekolah vernakular dan antarabangsa kerana ia telah membuka rahsia bahawa kualiti pendidikan di Malaysia semakin merosot apabila menunjukan graduan kita tidak lagi mampu bersaing dalam dunia hari ini,” katanya.

Jelasnya, sistem pendidikan di Malaysia telah gagal memecahkan kitaran kemiskinan.

“Bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi di Sarawak, dan untuk mengikuti perkembangan dunia, pelajar dan golongan anak muda harus menguasai bahasa Inggeris.

“Ia adalah bahasa komunikasi antarabangsa dalam semua bidang sains, politik, seni dan pengetahuan,” tegasnya.

Suara Sarawak