Snowdan Lawan berjaya pertahankan kerusi Balai Ringin

KUCHING: Datuk Snowdan Lawan berjaya mengekalkan kerusi Balai Ringin pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak dengan majoriti 1,285 undi.

Keputusan rasmi menunjukkan calon GPS yang juga penyandang kerusi tersebut selama tiga penggal berjaya memperoleh 4,816 undi.

Sementara pesaing terdekatnya Datuk Masir Kujat dari PSB memperoleh 3,531 undi, manakala Kasim Mana dari PBK hilang deposit dengan hanya meraih 195 undi.

Suara Sarawak