Wilson Nyabong sekali lagi tawan kerusi Pelagus

KUCHING: Wilson Nyabong Ujang berjaya mempertahankan kerusi Dun Pelagus pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak dengan majoriti 1,049 undi.

Keputusan rasmi menunjukkan calon GPS itu berjaya meraih 2,843 undi.

Beliau juga berjaya menewaskan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Kristoffer Nyuak Bajok yang meraih 1,794 undi; calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Solomon Kumbong (250 undi); calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Nyambong Sibat (88 undi) dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru, Moses Ripai (76 undi).

Suara Sarawak