3,500 anggota polis bertugas mengawasi banjir

KUCHING: Seramai 3,500 anggota polis di Sarawak telah dikerahkan bagi mengawasi bencana banjir yang dijangka berlaku di negeri ini pada bila-bila masa.

Mengesahkan perkara tersebut, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata pemantauan di kawasan berisiko banjir kini sedang dilaksanakan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak.

“Pihak polis dan pihak bomba telah dikerahkan untuk mengawasi dan memantau paras air dalam mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku banjir di sesuatu kawasan

“Pihak gerakan kita di setiap daerah ada juga telah bergerak serta bersiap siaga sekiranya berlaku kenaikan air sungai yang mendadak khususnya di kawasan-kawasan yang berisiko,” katanya ketika ditemui pemberita di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini.

Tambahnya, pasukan gerakan banjir akan membuat pengawasan dan beroperasi selama 24 jam tanpa henti.

Suara Sarawak