44 mangsa banjir di Kampung Jeriah dipindahkan ke PPS

SIBU: Seramai 44 individu terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara Dewan Kampung Jeriah selepas kawasan kediaman mereka terjejas akibat banjir.

Kesemua mangsa merupakan penduduk dari lima buah keluarga yang menetap di Lot 462 Jeriah Barat dan Lot 482 Jeriah Barat Kampung Seduan Jaya.

Menurut Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Sarawak, dua daripada 44 mangsa terpaksa dihantar ke Hospital Sibu akibat mengalami masalah kesihatan.

“Setakat jam 4 petang operasi harian menyelamat banjir mencatatkan seramai 44 mangsa telah dipindahkan ke PPS dan dibantu oleh anggota APM yang bertugas,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan tersebut turut menunjukkan daerah Sibu sudah pun membuka satu PPS dengan lima buah keluarga seramai 44 orang mangsa.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak