750 pegawai, anggota polis jaga keselamatan sempena Tahun Baru Cina
Datuk Aidi bercakap kepada pemberita semasa sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Ops Selamat Ke-17 sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2022 di Farley Mall Batu 6 dekat sini, hari ini. – Foto ALIF NONI

KUCHING: Seramai 750 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan dalam Ops Selamat Ke-17 sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2022 bermula 28 Januari hingga 6 Febuari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, kesemua anggota polis terbabit akan ditempatkan di 56 lokasi terpilih khususnya di kawasan kerap kemalangan.

“Operasi ini untuk menurunkan kadar kemalangan jalan raya di Sarawak dalam sepanjang tempoh perayaan dan bagi menguatkuasakan undang-undang serta peraturan lalu lintas.

“Ia juga bagi mencegah jenayah pecah rumah semasa penghuni pulang bercuti dengan membuat rondaan berkala bagi memastikan premis dan rumah kediaman yang ditinggalkan itu berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Ops Selamat Ke-17 sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2022 di Farley Mall Batu 6 dekat sini, hari ini.

Suara Sarawak