Abang Johari umum BKSS 8.0 pagi esok

KUCHING: Berita baik buat rakyat negeri ini apabila Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual akan mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sarawak (BKSS) 8.0 esok hari.

Perkara tersebut disahkan menerusi jemputan kepada media oleh Pejabat Ketua Menteri, hari ini.

Jemputan tersebut memberitahu bahawa Ketua Menteri akan mengadakan sidang media mengenai BKSS 8.0 pada jam 9.30 pagi esok, bertempat di Wisma Bapa Malaysia, di sini.

Terdahulu pada Selasa, Abang Johari berkata pakej BKSS 8.0 melibatkan bantuan-bantuan bukan tunai bernilai RM285.47 juta merangkumi enam bulan pertama tahun ini.

Suara Sarawak