Banjir: Situasi di Kampung Judan Hilir terkawal

MUKAH: Keadaan banjir di Kampung Judan Hilir Mukah setakat tengah hari tadi berada dalam keadaan terkawal.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Mukah Kapten (PA) Zuriza Sharkawi, beliau mendapati air masih dalam keadaan terkawal iaitu berada pada ketinggian 35 sentimeter.

“Justeru, APM Mukah menasihati penduduk kampung agar sentiasa berjaga-jaga dan menghubungi Bilik Gerakan Bencana Daerah ataupun PKOD Mukah sekiranya keadaan tidak terkawal dan memerlukan bantuan.

“Keadaan cuaca pada waktu ini ialah hujan renyai dan pemantauan akan dilakukan dari masa ke semasa ke kawasan yang berisiko banjir,” katanya kepada Suara Sarawak.

Sementara itu, pemantauan APM di Rh.Panjang Enjat yang mengalami banjir pada Rabu juga mendapati air masih dalam keadaan terkawal.

Bagi individu yang berhadapan banjir dan memerlukan bantuan kecemasan, mereka boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah Mukah di talian 084-872814.

Untuk rekod, Jabatan Meteorologi Malaysia menjangka hujan lebat (buruk) berlaku sehingga 15 Januari ini di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Manakala, hujan berterusan pada peringkat waspada dijangka berlaku di Kapit, Bintulu dan Miri (Subis).

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak