Belum ada kenyataan rasmi keadaan terkini Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini berada di Unit Penjagaan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.

Jurucakapnya memaklumkan, Dr Mahathir masih menerima rawatan lanjut di institut berkenaan dan satu kenyataan media dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.

Setakat jam 5 petang ini, belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan mengenai keadaan kesihatan bekas perdana menteri itu.

Pada 7 Januari lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN kali kedua bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dilaporkan semakin pulih.

Sebelum itu pada Disember, beliau dilaporkan dimasukkan

Suara Sarawak