KUCHING: Sarawak mencatatkan sebanyak 13 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kepada 252,732 kes.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), semua kes tersebut merupakan kategori klinikal satu dan dua.

“Miri merekodkan kadar tertinggi iaitu sebanyak enam kes diikuti Sibu (3), Kuching (2), manakala Limbang dan Pusa masing-masing satu kes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

JPBN turut memaklumkan terdapat satu kes kematian melibatkan seorang warga emas dari Sri Aman.

Selain itu, tiada kluster baharu diisytiharkan hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 10 kompaun telah dikeluarkan di Daerah Kuching atas kesalahan gagal mengimbas MySejahtera atau tidak mencatat kehadiran sebelum memasuki premis dan tidak memakai pelitup muka semasa berada di luar.

Suara Sarawak