KUCHING: Kadar jangkitan harian Covid-19 di Sarawak hari ini menunjukkan sedikit peningkatan apabila sebanyak 29 kes baharu dilaporkan berbanding 11 kes, semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 252,791 kes.

” Daripada jumlah tersebut, sembilan kes adalah kategori 1, 19 kes melibatkan kategori 2, manakala satu kes dalam kategori 3,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, JPBN memberitahu Daerah Sibu merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak sembilan kes, diikuti Kuching (5), Kanowit (4), Miri (3), Limbang (2) dan masing-masing satu kes di Bau, Samarahan, Sarikei, Betong dan Subis.

Sementara itu, tiada kematian dan kluster baharu direkodkan setakat hari ini.

Suara Sarawak