Covid-19: Sarawak catat 11 kes baharu

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan sejumlah 11 kes baharu Covid-19 di bawah kategori klinikal 1 dan 2, menjadikan jumlah kumulatif kes 252, 762 secara keseluruhan.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, tujuh daripadanya (kes baharu Covid-19) tergolong dalam kategori klinikal 1 iaitu tiada gejala manakala empat kes merupakan kategori klinikal 2 iaitu gejala ringan.

“Daerah Kuching merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu enam kes, diikuti Miri dan Bau yang masing-masing mencatatkan dua kes, manakala satu kes direkodkan di Kapit,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu turut mengesahkan tiada kes kematian dan kluster baharu Covid-19 dilaporkan di Sarawak.

Sementara itu, JPBN mendedahkan sebanyak 16 kompaun telah dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) meliputi 10 kompaun di Kuching dan enam kompaun di Sibu.

Suara Sarawak