KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan sebanyak 14 kes Covid-19 baharu menjadikan jumlah kumulatifnya adalah 252,660 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya mengesahkan enam kes dikategorikan klinikal 1 iaitu tiada gejala manakala lapan kes daripada kategori 2 (gejala ringan).
“Pecahan kes baharu merekodkan daerah Sibu di carta teratas dengan mencatatkan sebanyak tiga kes baharu diikuti Kapit, Kuching dan Miri masing-masing merekodkan dua kes.
“Manakala lima lagi daerah iaitu Song, Sarikei, Samarahan, Bau dan Limbang masing-masing merekodkan sebanyak satu kes,” kata kenyataan itu.
Dalam perkembangan yang sama, JPBN melaporkan tiada kes kematian dan kluster baharu Covid-19 dilaporkan berlaku hari ini.