Covid-19: Sarawak catat 19 kes baharu hari ini

KUCHING: Jangkitan Covid-19 di Sarawak mencatatkan penurunan hari ini dengan sebanyak 19 kes dilaporkan berbanding 47 kes, semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif jangkitan tersebut di negeri ini sebanyak 252,443 kes.

“Daripada jumlah tersebut 16 daripada kategori klinikal 1 dan 2, manakala tiga kes melibatkan kategori 3, 4 dan 5,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, 10 kes dilaporkan di Daerah Kuching, Miri (2), Lawas (2) manakala manakala masing-masing satu kes di Bintulu, Song, Samarahan, Telang Ulsan dan Subis.

Dalam pada itu, JPBN turut memberitahu tiada sebarang kes kematian mahupun kluster baharu dilaporkan di Sarawak, hari ini.

Suara Sarawak