Covid-19: Sarawak rekod 13 kes baharu

KUCHING: Sebanyak 13 kes baharu Covid-19 direkodkan di Sarawak hari ini, menjadikan rekod kumulatif mencecah kepada 252,581 kes.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), 10 kes daripada kes tersebut adalah dalam kategori 1 (tidak bergejala) manakala tiga lagi kes merupakan kategori 2 (gejala ringan).

“Daerah Miri dan Sibu masing-masing mencatatkan sebanyak empat kes diikuti Bintulu sebanyak dua kes.

“Manakala tiga daerah lain iaitu Limbang, Meradong dan Beluru masing-masing merekodkan satu kes,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, tiada kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan dan tiada kluster diisytiharkan hari ini.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak