Covid-19: Sarawak rekod peningkatan, 22 kes baharu

KUCHING: Jumlah kes positif harian Covid-19 di Sarawak menunjukkan sedikit peningkatan iaitu sebanyak 22 kes hari ini berbanding 15 kes, semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri itu meningkat kepada 252,498 kes.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10 kes melibatkan kategori 1 dan 11 kes adalah kategori 2 manakala satu kes merupakan kategori 5.

“Lawas mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak enam kes, diikuti Sibu (5), Bintulu, Limbang (2) manakala Miri, Samarahan, Kuching, Sri Aman, Song, Mukah dan Sebauh masing-masing mencatatkan satu kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN melaporkan tiada kematian dan kluster baharu dikesan hari ini.

Suara Sarawak