Duduki negara melebihi tempoh, warga Indonesia dipenjara

KUCHING: Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas kesalahan tinggal di negara ini melebihi had masa.

Tertuduh Calvin Julio, 23, berasal dari Pontianak Indonesia mengaku bersalah selepas satu pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Maris Agan.

Mahkamah memutuskan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini, dan selepas tamat tempoh hukuman akan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang.

Mengikut pertuduhan, dia didapati telah tinggal lebih masa di negara ini dalam satu serbuan sekitar jam 4.05 petang, 28 Disember tahun lalu, di sebuah rumah beralamatkan Batu 10, Jalan Penrissen.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(4) akta sama, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Danial Mohamad Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak