TAHAN…suspek ditahan polis kerana disyaki menjalankan aktiviti loteri haram di sebuah premis medan selera.

BAU: Seorang lelaki disyaki ejen loteri haram ditahan ketika sedang beroperasi di sebuah premis medan selera, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintenden Poge Nyaon berkata, suspek, 20, ditahan menerusi Op Dadu dijalankan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kira-kira jam 2.25 petang.

RAMPAS…sejumlah wang ringgit serta dua keping kertas tertera nombor dan angka yang dirampas daripada suspek.

“Pasukan operasi turut merampas dua keping kertas bertulis angka dan nombor serta sejumlah wang tunai daripada suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Poge berkata suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM 200,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

Suara Sarawak