Elavarasan kekal bimbing SUFC

KUCHING: E. Elavarasan kekal selaku ketua jurulatih Sarawak United FC (SU FC) bagi menghadapi Liga Malaysia musim ini.

Perkara tersebut disahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais kepada Arena Suara Sarawak.

Elavarasan berjaya membawa SU FC menamatkan saingan Liga Perdana di kedudukan kedua musim ini sekali gus menempah tiket untuk bersaing dalam Liga Super pada musim baharu nanti.

Mengenai status pemain pasukan, Posa mendedahkan lebih 80 peratus pemain-pemain asal dikekalkan dan senarai penuh bagi kesemua pemain dijangka siap sepenuhnya pada penghujung Januari ini.

“Buat masa ini kita sedang melakukan persiapan pada pasukan termasuk tawaran kontrak kepada pemain-pemain iaitu 80 peratus pemain asal kekal.

“Sementara itu, kita juga dalam pertimbangan untuk mengambil pemain baharu yang mana lebih 30 orang pemain menawarkan diri untuk menyertai pasukan,” katanya.

Suara Sarawak