KUCHING: Sepuluh perguruan pesilat bakal mempamerkan kehebatan mereka pada 1 Februari ini di Club House Taman Botani, Petra Jaya.

Ia akan dipakerkan menerusi persembahan sempena Pembukaan Gelanggang Persekutuan Pencak Silat Tradisi Antarabangsa Dunia (FPSTI) Kuching 2022.

Guru Utama Persatuan Seni Silat Asli Zamrud Kuching (PSSAZK), Abang Mustapha Abang Khaider memberitahu, antara perguruan terlibat adalah PSSAZK, PSS Cakar Harimau, PSS Selindang Abadi, PSS Gajah Ma’rifat Bela Diri, PSS Kunto Spring 12, PSS Spring 12 Nek Mat, PSS Hailam Laut Serpan, PSS Hailam Laut Semerak, PSS Cekak Hanafi dan PSS Gayong Sarawak.

GURU UTAMA…Abang Mustapha Abang Khaider

Menurutnya, persembahan itu kelak bermula pada jam 2 petang.

“Persembahan yang bakal dijayakan pesilat dari perguruan terbabit bersempena pembukaan gelanggang untuk 2022,” ujar Abang Mustapha kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau menambah, program pada hari itu kelak dilihat sebagai landasan terbaik merapaktkan hubungan silaturahim di kalangan pesilat dari semua perguruan terlibat.

“Kita berharap menerusi program ini, ia akan memberi peluang kepada pesilat mengenali lebih mendalam dari perguruan lain,” jelas beliau lagi.

Suara Sarawak