KOTA SAMARAHAN: Hasrat seorang lelaki untuk mencuri wayar tembaga di sebuah bangunan kosong Pusat Komersial Intan, di sini ,tidak kesampaian apabila ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintenden Sudirman Kram berkata suspek, 21, ditahan sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan kira-kira jam 8.30 pagi ketika menjalankan rondaaan cegah jenayah.

Katanya, anggota MPV menerima maklumat daripada orang ramai mengenai suspek yang telah terkurung di bangunan tersebut.

“Turut dijumpai bersama suspek adalah empat gulung wayar tembaga yang dicuri di bangunan tersebut berserta playar yang digunakan untuk memotong wayar dan sebuah motosikal yang digunakan oleh suspek untuk ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek ditahan di lokap Balai Polis Kota Samarahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

KANTOI… suspek ditahan anggota MPV IPD Kota Samarahan di lokasi kejadian.

 

RAMPAS…empat gulung wayar tembaga bersama playar yang dirampas.

Suara Sarawak