Hujan, angin kencang diramal melanda Sarawak sehingga Sabtu

KUCHING: Hujan dan angin kencang diramal melanda Sarawak sehingga Sabtu ini, dengan Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dan (Waspada) dijangka berlaku di beberapa kawasan.

Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) berkata Amaran Hujan Berterusan (Buruk) hari ini membabitkan 10 kawasan iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau).

Manakala, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dijangka berlaku sehingga Sabtu ini membabitkan tiga kawasan iaitu Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga); Bintulu (Bintulu dan Sebauh) serta Miri (Subis).

“Angin bertiup kencang dari arah timur laut dan dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak