Datuk Ibrahim Baki (tiga kanan) bergambar bersama ahli JKKK Green Road Zon A, Satok dalam program pemberian sumbangan Tahun Baharu Cina di Thompson Corner, hari ini.

KUCHING: Sebanyak 180 sumbangan makanan telah diagihkan oleh Adun Satok Datuk Ibrahim Baki kepada penduduk di kawasannya sempena Tahun Baharu Cina (TBC).

Sumbangan makanan itu termasuk buah oren, minuman, biskut dan banyak lagi sebagai persediaan mereka menyambut Tahun Baharu Cina.

Datuk Ibrahim ketika ditemui sempat mengucapkan ucapan selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat di negeri ini yang menyambut perayaan itu.

“Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang meraikan TBC,” katanya ketika mengagihkan sumbangan tersebut di Thompson Corner, hari ini.

Manakala ketua dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Green Road Zon A Kapitan Tan Kok Chiang berkata, sumbangan makanan ini diadakan setiap tahun setiap kali musim perayaan TBC.

Katanya, agihan sumbangan itu bukan sahaja ketika TBC tetapi juga perayaan lain seperti Hari Raya dan Hari Gawai.

“Masyarakat di kawasan ini juga begitu unik kerana terdiri daripada pelbagai bangsa.

“Kita boleh lihat semua masyarakat di sini hidup dengan baik tanpa mengira bangsa. Datuk Ibrahim Baki juga sangat merendah diri dan mesra,” tambahnya.

AGIH…Datuk Ibrahim Baki mengagihkan sumbangan makanan kepada salah seorang penerima sempena Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Suara Sarawak