Indeks jenayah Sarawak menurun

KUCHING: Indeks jenayah di Sarawak menurun sebanyak 26.28 peratus dengan merekodkan 1,575 kes sepanjang tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, jumlah tersebut masih di bawah nilai ambang yang dikeluarkan Bukit Aman iaitu 6,082 kes.

Bagi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik katanya, ia menunjukkan penurunan dengan 6,607 tangkapan pada tahun 2021 berbanding 10,294 tangkapan pada tahun 2020.

“Perbandingan rampasan pada tahun 2021 juga menunjukkan peningkatan daripada RM15,233,577.06 kepada RM19,867,306.64,” katanya ketika berucap di Mes Pegawai Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak di sini, hari ini.

Tambahnya, kes kemalangan jalan raya turut menunjukkan penurunan sebanyak 1,907 kes atau 11.8 peratus daripada 16,152 kes pada tahun 2020 kepada 14,245 kes pada tahun 2021.

“Seterusnya bagi kes salah laku rasuah atau salah laku anggota dan pegawai polis, ia mencatat sebanyak 140 kes iaitu 97 kes bagi kesalahan integriti, rasuah (6), jenayah (20), dadah (12) dan lain-lain kes (3),” katanya lagi.

Bagaimanapun, bagi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, ia meningkat pada kadar 92.61 peratus iaitu 2,816 kes pada tahun 2021 berbanding 1,462 kes tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan katanya, PDRM berjaya menurunkan kadar indeks jenayah Narkotik dan juga kadar kes kemalangan pada tahun 2021 kecuali kes komersil.

Beliau menegaskan inisiatif dan usaha membanteras jenayah akan terus ditingkatkan dalam membendung kes-kes melibatkan jenayah komersial.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak