JPBN: kekerapan penerbangan ke Sarawak ditambah, SOP Tahun Baru Cina diluluskan

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bersetuju meningkatkan kekerapan penerbangan yang dijadualkan dari Sabah dan Semenanjung Malaysia ke negeri ini.

JPBN menenerusi kenyataannya hari ini berkata, keputusan bagi meningkatkan kekerapan penerbangan berkenaan akan bermula pada 14 Januari ini.

“Kekerapan akan ditambah dari 307 penerbangan seminggu ke 562 penerbangan seminggu.

“Jumlah kekerapan penerbangan ini boleh didapati di laman sesawang Kementerian Pengangkutan https://mot.sarawak.gov.my,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN memaklumkan Garis Panduan (SOP) bagi sambutan Tahun Baru Cina yang disediakan oleh Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) telah diluluskan..

Katanya, Sop tersebut boleh didapati di laman sesawang https://sarawakdisastermc.com.

Manakala, Sarawak hari ini merekodkan 18 kes baharu iaitu tiga kes dalam kategori 1, 12 kes bagi kategori 2 dan satu kes dalam kategori 5.

“Daerah Lawas mencatatkan empat kes diikuti Sibu (3), Kuching, Miri, Song (2) manakala Serian, Limbang, Sri Aman, Kapit, Sarikei dengan satu kes,” jelasnya.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak