Kadar penggunaan katil ICU Covid-19 Sarawak ketiga terendah

KUCHING: Kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) Covid-19 Sarawak meningkat sedikit kepada 36.3 peratus pada malam 31 Disember, berbanding 34.3 peratus sehari sebelumnya.

Bagaimanapun berdasarkan infografik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kadar penggunaan Sarawak itu adalah lebih rendah daripada jumlah purata nasional iaitu sebanyak 51.7 peratus.

Jumlah keseluruhan berbanding negeri-negeri lain menunjukkan penggunaan katil ICU pesakit Covid-19 Sarawak adalah yang ketiga terendah di negara ini.

Lembah Klang mencatatkan kadar penggunaan katil ICU tertinggi dengan 67.4 peratus, diikuti Pulau Pinang (67 peratus), Terengganu (62.3 peratus), Kelantan (58 peratus), Perlis (52.6 peratus), Johor (52.3 peratus) dan Melaka (52.2 peratus).

Sementara negeri lain yang merekodkan penggunaan lebih rendah daripada kadar nasional adalah Sabah (51.5 peratus), Negeri Sembilan (48.7 peratus), Perak (47.9 peratus), Pahang (39 peratus) dan Kedah (33.6 peratus).

Manakala, Labuan mempunyai kadar penggunaan katil ICU terendah dengan 25 peratus.

Suara Sarawak