Kejohanan lumba basikal cungkil bakat baharu

KUCHING: Pemenang bagi Kejohanan Lumba Basikal Piala Datuk Seri Karim Rahman Hamzah 2022 akan berpeluang mewakili Sukan Malaysia (Sukma) 2022.

Ia sekali gus memberi peluang kepada atlet yang layak ini dipanggil untuk menjalani ujian tapisan.

Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Karim Abdul Rahman Hamzah berkata, pemilihan akhir atlet kejohanan tersebut bagaimanapun terpulang kepada keputusan pihak jurulatih dan juga pengendali sukan lumba basikal Sarawak.

Katanya, usaha mempersiapkan atlet terbaik bagi mewakili Sukma sudah berjalan namun wakil sebenar temasya tersebut akan diumumkan pada tarikh terdekat menjelang kejohanan nanti.

Bagi perlumbaan ini katanya, ia antara usaha kementerian untuk mencungkil bakat-bakat baharu.

“Saya percaya sekiranya ada pemenang yang mempunyai had umur lingkungan Sukma, mereka boleh diserap untuk mewakili Sarawak dan itu terpulang kepada pihak kejuratihan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan Flag Off Kategori Terbuka Lelaki Kejohanan Lumba Basikal Piala Datuk Seri Karim Rahman Hamzah 2022 yang diadakan di Jalan FAC Matang, di sini, hari ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak