Komited selesaikan isu penutupan laluan utama ke Pantai Trombol

KUCHING: Adun Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi komited dalam usaha untuk menyelesaikan isu penutupan laluan utama ke Pantai Trombol, Telaga Air dekat sini yang berlaku sejak Disember tahun lalu.

Menurutnya, ketika ini mereka telah membuat rujukan kepada Pengarah Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Abdullah Julaihi untuk berbincang dengan Unit Undang-Undang di JTS bagi tindakan lanjut pada masa terdekat ini.

“Setakat ini, perkara tersebut sahaja yang boleh saya kongsikan dan berharap agar jalan tersebut dapat dibuka untuk kegunaan masyarakat seperti sebelum ini.

“Ini kerana Pantai Trombol merupakan tempat kunjungan ramai dan antara tempat untuk masyarakat beriadah bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan.

“Kita juga akan membuat tindakan susulan bersama dengan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan JTS untuk menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Skuad Prihatin Patai Damai di Pusat Khidmat Pantai Damai, di sini hari ini.

Tambahnya, penutupan jalan utama Pantai Trombol itu berlaku kira-kira 29 Disember tahun lalu dan ia dilakukan oleh pemilik tanah persendirian di kawasan berkenaan.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak