BERCAKAP…Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof

KUCHING: Kontraktor baharu akan dilantik bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan lampu isyarat di beberapa laluan di Jalan Kota Samarahan.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, setakat ini Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak hanya terlibat dengan kontraktor yang ditugaskan untuk mengurus projek lampu isyarat di laluan berkenaan.

“Justeru, JKR Sarawak akan melantik kontraktor baharu untuk menggantikan kontraktor yang telah ditamatkan kontrak.

“Kontraktor baharu itu nanti akan ditugaskan untuk menyiapkan segala tunggakan penyiapan lampu isyarat di jalan-jalan tersebut dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita di Dewan SUPP Matang hari ini.

Ujarnya, projek pembinaan itu merupakan bidang kuasa Kerajaan Negeri dan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah sudah meminta kawalan trafik dilakukan di sana.

Suara Sarawak