LAK rancang bina loji rawatan air bernilai RM1.6 bilion

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan membangunkan sebuah lagi loji rawatan air bernilai RM1.6 bilion di Landeh dengan kapasiti 800 juta liter sehari (MLD).

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata, bagaimanapun pembinaan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Sebagai pelan jangka panjang, Lembaga Air Kuching (LAK) sedang dalam peringkat perancangan untuk membuka satu lagi loji rawatan air di Landeh iaitu Loji 5.

“Secara keseluruhan projek ini dijangka menelan kos RM1.6 bilion. Namun untuk fasa pertama, LAK merancang untuk membina 200 MLD terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerja ke LAK, di sini, hari ini.

Menurutnya, usaha tersebut bagi menampung keperluan pengguna dan industri yang dijangka meningkat di kawasan selatan termasuk Bahagian Kuching dan Samarahan.

Suara Sarawak