KUCHING: Kegiatan seorang lelaki menjual kura-kura di Pasar Tamu Batu 3, di sini membawa padah apabila dia ditahan oleh pasukan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC).

Mengesahkan penahanan itu, Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton berkata suspek berusia 51 tahun itu ditahan oleh pasukan SFC semasa menjalankan rondaan di pasar tamu berkenaan, kira-kira jam 11 pagi, hari ini.

“Sebanyak 14 ekor kura-kura dirampas daripada suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata lelaki itu telah dibawa ke Balai Polis Sungai Maong manakala kura-kura yang dirampas dibawa ke Pejabat SFC Wilayah Kuching untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 (Bab 26).

Sebanyak 14 ekor kura-kura yang dirampas, dipercayai dijual oleh seorang lelaki di Pasar Tamu Batu 3, Kuching hari ini.

Suara Sarawak