Lelaki ditahan, miliki barang kawalan tanpa kebenaran

BINTULU: Unit Risikan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak telah menahan seorang suspek lelaki tempatan dan merampas barangan berjumlah RM328,800 pada Khamis lalu.

Suspek ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen atau surat kebenaran membawa barang kawalan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Manakala, barangan yang dirampas termasuklah sebuah penggerak utama berwarna putih (FAW) dianggarkan bernilai RM250,000, sebuah semi trailer tangki warna putih bernilai RM10,000 dan 32,000 liter minyak diesel bernilai RM68,800.

Suspek ditangkap di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki, menyimpan dan membawa barang kawalan tanpa permit atau tanpa kebenaran khas dari pihak KPDNHEP.

Kesemua barang rampasan dan tangkapan telah diserahkan dan dirujuk kepada Pegawai Penyiasat KPDNHEP Bintulu untuk siasatan dan tindakan lanjut.

 


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak