LIGA PREMIER 2022: Tiga pemain baharu KC FC turun padang

KUCHING: Tiga pemain import tempatan Kuching City FC (KC FC) memulakan tugas rasmi bersama pasukan baharu mereka Isnin lalu.

Pemain terbabit ialah Mohammad Hidhir Idris (25/tengah) yang berasal dari Kedah, Shafizi Iqmal Md Khirudin (23/penyerang) dari Selangor dan Wan Muhammad Faiz Wan Sulaiman (30/sayap) dari Kelantan.

Ketua Pegawai Eksekutif KC FC, Iswandi Ali Hassan berkata, ketiga-tiga pemain itu telah menjalani latihan bersama rakan baharu mereka sejak dua hari lepas.

“Kita berharap kehadiran ketiga-tiga mereka ini dapat menambah sengat pasukan KC FC di beberapa posisi dalam menghadapi kempen Liga Premier 2022,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Iswandi, mereka cukup berpengalaman dan merupakan tonggak untuk pasukan masing-masing musim lepas.

Mohammad Hidhir bermain bersama PDRM tahun lepas dan Shafizi pernah beraksi bersama Selangor FC II musim lalu sebelum beraksi bersama Kelantan United FC secara pinjaman.

Manakala Wan Muhammad merupakan tonggak utama bagi pasukan Penang FC musim lalu.

Suara Sarawak