LIGA SUPER 2022: Tiada sasaran untuk SU FC

KUCHING: Pengerusi Sarawak United FC (SU FC), Datuk Posa Majais menegaskan, tiada sebarang sasaran diletakkan pada kempen Liga Super 2022.

Menurutnya, memadai untuk cuba kekal dalam pentas saingan utama liga berkenaan musim depan.

“Ini musim pertama SU FC bersaing dalam kempen Liga Super, justeru kita tidak meletakkan sasaran kepada pemain,” ujar Posa kepada Arena Suara Sarawak.

Mengulas lanjut mengenai cabaran yang bakal ditempuhi pasukan itu, Posa menyatakan ia tidak membimbangkan.

Katanya, kempen Piala Malaysia 2021 yang turut menyaksikan kecemerkangan skuad kendalian E.Elavarasan itu menumpaskan pasukan dari Liga Super yang diundi dalam kumpulan sama.

“Kita sudah mempunyai pengalaman dan rekod yang agak bagus apabila berjaya menumpaskan pasukan dari Liga Super 2021 pada kempen Piala Malaysia,” tambah beliau.

Sekali gus, melihat kredit yang dimiliki sebelum ini akan dapat mematangkan para pemain.

Skuad SU FC akan memulakan sesi latihan pada minggu depan sebagaj persiapan menghadapi kempen Liga Super 2022.

Suara Sarawak