TURUN PADANG…Uche Agba (tengah) ketika menyertai latihan bersama rakan-rakannya.

KUCHING: Penyerang import Sarawak United FC (SU FC), Uche Agba berazam memberi aksi terbaik sepanjang saingan musim ini.

Meskipun mengetahui situasi mencabar bakal dilalui pasukannya apabila mengambil kira penampilan pertama SU FC dalam kancah Liga Super.

Namun, bintang kelahiran Nigeria itu yakin beliau dan rakan-rakan mampu menyesuaikan diri.

“Ini musim pertama kami bersaing dalam kancah Liga Super.

“Semestinya saya akan cuba memberikan aksi terbaik pada setiap perlawanan kelak,” ujar Uche ketika ditemui Arena Suara Sarawak.

Uche yang baharu sahaja tiba di Kuching pagi semalam kembali menjalani latihan bersama rakan-rakannya petang tadi.

Menurut Uche, beliau tidak melihat sebarang masalah untuk cuba membentuk persefahaman bersama rakan-rakan baharunya.

Katanya, apa yang penting ketika ini beliau turut mengharap kerjasama daripada rakan-rakannya.

Pada saingan musim lalu, Uche berjaya meledak 19 gol sekali gus membantu SU F muncul naib juara Liga Premier 2021.

Suara Sarawak