SERAH…Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi (dua dari kiri) menyerahkan surat lantikan kepada Unimas dari Indonesia, Putri Khairiyanti

KOTA SAMARAHAN: Seramai lima pelajar antarabangsa dari Unimas telah dilantik sebagai Duta institusi terbabit dari tahun 2022 hingga 2023.

Unimas dalam kenyataannya hari ini berkata, ia adalah bagi membantu memperkenalkan Unimas di peringkat global menerusi perkongsian dan pengalaman pelajar antarabangsa sendiri ketika mereka menuntut di sini.

Kelima-lima pelajar terbabit merupakan dua pelajar dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif iaitu Ahmad Izzeldin Ahmed Mohamed (Sudan) dan Putri Khairiyanti (Pontianak-Indonesia).

Manakala tiga lagi pelajar dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat iaitu Mustafa Payendanik (Afghanistan), Ajibola Olaide Olawunmi (Nigeria), dan Muhammad Ridho Febryansyah (Jakarta-Indonesia).

Penyerahan surat lantikan sebagai Duta Unimas telah disempurnakan oleh Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi bertempat di Global Hab, Unimas.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Ahmad Hata Rasit, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Dr Thomas @ Kamarudin Kana, Pengarah Pusat Kualiti dan Risiko, Profesor Dr Tarmiji Masron dan Pengarah Unimas Global, Profesor Madya Dr Shantu Faridah Salleh turut hadir.

Suara Sarawak