Lori musnah dalam kebakaran di Kuching.

KUCHING: Sebuah lori musnah dalam kebakaran di Jalan Datuk Haji Daud Abdul Rahman, di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 10.03 pagi.

Katanya, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan.

“Menurut Komander Operasi, setiba pihak bomba di lokasi, lori berkenaan sedang terbakar dan musnah 100 peratus di bahagian hadapan.

“Pihak bomba bertindak memadamkan kebakaran menggunakan dua aliran salur bantu mula air daripada jentera,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, operasi telah tamat sepenuhnya pada jam 10.25 pagi.

Katanya, Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kebakaran dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

MUSNAH…Lori terbakar dan musnah pada bahagian hadapan.
Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak