Marina: Dr Mahathir kini stabil

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke dalam wad di Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN).

Anak beliau, Datin Paduka Marina Mahathir berkata, bapanya berada di IJN lanjutan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari lalu.

“Keadaan beliau kini stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan tersebut.

“Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga
memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan media, sebentar tadi.

Dr Mahathir baharu keluar daripada rawatan di IJN pada 13 Januari lalu, selepas dimasukkan ke hospital pada 7 Januari untuk prosedur perubatan elektif.

Terdahulu, jurucakap pejabat Dr Mahathir mengesahkan bekas Perdana Menteri itu dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU), IJN.

Suara Sarawak