Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Nangan Enchermin

SONG: Mayat seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam sungai di Nangan Enchermin, Batang Rajang ditemui terapung di Temalat, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mangsa, Robin Etok, 27, daripada IPD Song kira-kira jam 10.05 pagi.

“Mayat disahkan mangsa yang hilang di Nang Encherimen, Batang Rajang oleh ahli keluarga mangsa berdasarkan pakaian mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu, mayat telah dihantar ke Hospital Kapit oleh polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, susulan penemuan mangsa, operasi ditamatkan pada jam 11.45 pagi.

Terdahulu, mangsa dilaporkan telah terjatuh ke dalam sungai Nanga Encheremin, Batang Rajang dan tidak dijumpai.

Usaha mencari telah dilakukan oleh saudara dan penduduk tetapi mangsa tidak dijumpai sehingga laporan polis dibuat pada Khamis lalu, kira-kira jam 9.41 pagi.

Mayat mangsa yang terapung ditemui oleh pihak polis di Temalat, Song hari ini.

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak