Upacara pengebumian mendiang Datuk Simon Dembab Maja di kampung halamannya di Selindung, Engkilili hari ini. – Foto Ukas

KUCHING: Mendiang bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Simon Dembab Maja selamat dikebumikan di kampung halamannya di Selindung, Engkilili hari ini.

Hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion.

Mendiang merupakan antara pengasas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 1973 selepas dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri dalam kerajaan campuran Sarawak pada 1970 ketika bersama Parti Pesaka.

Kerajaan Sarawak pada masa itu adalah kerajaan pertama yang dipilih menerusi pilihan raya dengan 48 kerusi dan 221 calon yang bertanding.

Mendiang meninggal dunia pada usia 85 tahun di sebuah pusat perubatan swasta di Kuching pada Sabtu lepas meninggalkan balu Datin Rosalind Siti Jemeni, tiga anak, tiga cucu dan dua cicit.

Suara Sarawak