SERBU…pasukan operasi merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM20,000 dijual di Taman Kenyalang, semalam.

KUCHING: Polis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM20,000 dalam satu serbuan di kawasan bebas tempat berniaga, Taman Kenyalang, Jalan Tan Sri Datuk Amar Sim Kheng Hong, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, seorang lelaki tempatan berumur 20 tahun turut ditahan dalam serbuan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Pelesenan Ibu Polis Polis Daerah (IPD) Kuching.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara, beliau berkata operasi ini akan diteruskan dan IPD Kuching dalam menyokong pemulihan ekonomi negeri dan memahami semangat sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Katanya, IPD Kuching telah meluluskan 35 lesen kepada peniaga-peniaga di Daerah Kuching bagi menjual 36 jenis bunga api yang dibenarkan di bawah Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

Suara Sarawak